Monday, September 7, 2015

ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN

1.Integrasi nasional


-Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum,budaya, dan agama.  Kemerdekaan Malaysia dikongsi bersama  secara harmoni. 

-Bagi mengekalkan perpaduan kaum, kerajaan telah memperkenalkan Integrasi Nasional. 

-Integrasi Nasional bermaksud “satu proses menyatupadukan pelbagai kelompok etnik dalam masyarakat melalui pengenalan atau pengwujudan satu identiti yang sama”.

- Intergrasi Nasional  merupakan usaha memupuk kesefahaman dan perpaduan antara pelbagai kaum agar kemajuan dan kestabilan sosio-politik serta  kerjasama antara semua kaum tercapai.

- Memperkenalkan Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional Pada tahun 2006.

- Dilaksanakan  dalam tempoh 5 tahun bermula  tahun 2006 - 2010.

- Mengenal pasti masalah dan merancang cara mengatasi permasalahan dalam tempohnya. 

-Integrasi Nasional  penting untuk perpaduan sebuah negara.

- Turut  mempengaruhi sistem pendidikan kerana kewujudan  sekolah pelbagai aliran. 

- Perlu penerapan nilai murni dan cintakan negara untuk mewujudkan  warganegara yang
  memahami kepelbagaian kaum serta melahirkan negara yang berpegang teguh kepada 
  Perlembagaan dan Rukun Negara. 

- Sistem pendidikan menjadi landasan utama untuk menyerap dan mengukuhkan 
  semangat  cintakan negara.

2.Tonggak Pendidikan UNESCO



-UNESCO ( UN Educational, Scientific and Cultural Organization )

- Merupakan  Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB.  
  
- Ditubuhkan pada tahun 1945.  

-  Ahlinya terdiri daripada 191 buah negara.

- Berpusat di Paris  dan terdapat beberapa institusi di seluruh dunia.

Tujuan  Penubuhan UNESCO

 - Menyumbang ke arah kedamaian dan keselamatan.

 - Mempromosikan kerjasama antarabangsa melalui bidang pendidikan, sains dan 
   kebudayaan.

Tonggak  Pendidikan UNESCO

- Dibentuk pada tahun 1993.

* Belajar untuk menguasai ilmu

- Manusia perlu belajar untuk memahami dunia sekeliling supaya dapat
  memperkembangkan kemahiran kerjaya serta berkomunikasi dengan orang lain. 

- Belajar cara belajar dengan memperkembangkan tumpuan, kemahiran, ingatan dan
  kebolehan kanak-kanak.

* Belajar untuk menguasai kemahiran

- Pendidikan harus menyumbang kepada pembentukan insan menyeluruh dari segi fizikal,
  intelek, rohani, emosi, kepekaan & penghargaan estetika berdasarkan FPK 

- Pembentukan modal insan berpandanan dengan saranan yang diusulkan di dalam 
  Falsafah    Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan individu seimbang

* Belajar untuk menjadi insan berguna

- Pendidikan harus menyumbang kepada pembentukan insan menyeluruh dari segi fizikal,
  intelek, rohani, emosi, kepekaan & penghargaan estetika berdasarkan FPK

 -Pembentukan modal insan berpandanan dengan saranan yang diusulkan di dalam 
  Falsafah    Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan individu seimbang.

 - Kurikulum di Malaysia: membantu perkembangan potensi murid secara seimbang dari
   segi    jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial 

 - Pembentukan modal insan berpandanan dengan saranan yang diusulkan di dalam 
   Falsafah   Pendidikan Kebangsaan  dalam melahirkan individu seimbang.

 - Kurikulum di Malaysia: membantu perkembangan potensi murid secara seimbang dari 
   segi    jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial

 - Menerima didikan awal agar mampu berfikir secara kreatif, kritis, berdikari dan 
   berkeupayaan membuat keputusan.

*Belajar untuk harmoni dan bekerjasama

Pendidikan  penting dalam menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain supaya rakyat dapat hidup aman damai di dalam negara berbilang kaum dan budaya 

- Tonggak pendidikan di mana pelajar belajar untuk bekerjasama dan hidup secara harmoni tanpa mengira bangsa dan latar belakang.

PERANAN GURU DALAM BELAJAR UNTUK MENGUASAI ILMU

·  Penyampaian yang berkesan 

- penggunaan ict dalam P&P 

- penggunaan gambar

- aktiviti pengajaran menarik 

· Mengikut perubahan dunia maklumat 

 -  murid menerima pengetahuan terkini dan bersaing dengan dunia yang berteknologi 
    tinggi 

·   Menyumbang kepada pembentukan insan menyeluruh dari segi fizikal   ,intelek, rohani, 
   emosi, kepekaan & penghargaan estetika berdasarkan FPK

3.Kepelbagaian Budaya



- Budaya berkait rapat dengan  kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya. 

- Budaya diklasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan sesuatu kumpulan tertentu meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. 

- Budaya merujuk kepada satu cara hidup, pemikiran, nilai kepercayaan, dan pandangan.   

- Budaya merupakan warisan sosial cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh
  diwarisi. 

-Dalam  konteks pendidikan,  murid  dididik untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki 
 oleh masyarakat. 

  4.Gejala Sosial

 Gejala sosial dapat diklasifikasikan sebagai satu jenayah yang melibatkan etika dan moral individu. Jenayah ini bukan sahaja dilakukan oleh golongan remaja dan dewasa malahan kanak-kanak juga turut telibat dalam masalah.

- Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.

- Pada era globalisasi ini pelbagai masalah gejala sosial yang berlaku di negara kita. Keruntuhan akhlak dan moral dikalangan remaja menjadi topic hangat yang diperkatakan disebakan golongan ini merupakan generasi yang bakal memimpin negara pada masa hadapan.
 
- Antara gejala-gejala sosial di kalangan pelajar, punca serta kesannya adalah seperti berikut:



5.Pendemokrasian Pendidikan


- Merupakan suatu proses mendemokrasikan pendidikan.

- Setiap individu berpeluang untuk mendapat pendidikan dan kemudahan yang disediakan. 

-Setiap individu diberi peluang yang sama untuk belajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, keistimewaan, jantina, kaum , agama atau latar belakang.

- Dapat membasmi masalah buta huruf dalam kalangan penduduk di negara-negara kurang maju dan  masyarakat di luar bandar. 

- Dapat merapatkan jurang pencapaian akademik yang dipengaruhi oleh perbezaan kelas sosial,  bahasa dan  lokasi.

- Dapat meningkatkan keprihatinan masyarakat terhadap kepentingan pendidikan.

- Mengurangkan permasalahan murid tidak bersekolah dan pengabaian pendidikan orang   
  kelainan upaya. 

- Memberi kesedaran tentang kepentingan  pendidikan untuk kegemilangan masa depan 
  negara.

- Memantapkan lagi pelaksanaan agenda pendemokrasian pendidikan melalui bantuan 
  Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan 
  pemberian biasiswa oleh Kementerian Pendidikan dan  agensi swasta. 

6.Globalisasi dalam pendidikan


- Globalisasi berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu globalization.

- Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ( 1986) telah mentafsirkan global sebagai mengenai dunia seluruhnya atau pada keseluruhannya.

- Mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka dan tanpa sempadan.

- Dapat meningkatkan kemahiran ICT para guru dan interaksi global yang mampu 
 meluaskan konsep pembelajaran tanpa sempadan.

- Dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang merentasi tanpa 
  terbatas menerusi carian di youtube atau  laman video pendidikan di internet.

7.Pengaruh perkembangan ICT

- Kehadiran teknologi maklumat menjadikan tugas mendidik lebih  mudah, cepat dan berkesan.

- Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat lebih meluas. 

- Keupayaan belajar di mana-mana sahaja tidak terhad di bilik darjah.

-  Maklumat di hujung jari pada bila-bila masa sahaja.

- Meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri negara.

- Meningkatkan produktiviti manusia. Pekerjaan menjadi cepa dan  tepat. 

- Mengeratkan hubungan antara rakyat Malaysia di mana sahaja mereka berada sama ada  di dalam negara atau yang berada di luar negara atas pelbagai  urusan. 

 - Dapat memupuk semangat persefahaman dan kerjasama  dalam kalangan rakyat 
   pelbagai negara dan berbilang kaum. 

-  Pembangunan  teknologi maklumat  turut memberi implikasi negatif  yang boleh
   menggugat keamanan negara. 

- Penyalah gunaan  teknologi untuk yang menyampaikan fitnah, penyebaran khabar-khabar
  angin. 

- Memudahkan pencarian laman web prono dan penyebaran unsur-unsur lucah dengan 
  lebih mudah kepada generasi muda. 




1 comment: